MyIdeas bertujuan untuk mempromosikan dan menyebarkan kreativiti untuk memperbaiki kualiti masyarakat. Ini bertujuan untuk mendorong masyarakat menghasilkan idea-idea dan mengambil bahagian di dalam proses penyelesaian masalah.
Idea-idea ini dikenali sebagai ciptaan teknologi dan sosial, ciptaan teknikal kecil dan ringkas, ciptaan bukan teknologi dan ciptaan bukan alatan bertujuan untuk melakukan perubahan sosial.
Idea-idea ini adalah kombinasi projek-projek sedia ada, inisiatif dan cara baru berfikir.
Mengapa MyIdeas?
- Mempromosikan kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia.
- Mendorong rakyat Malaysia mengekspresikan idea-idea mereka bila-bila masa, di mana jua.
- Asas nasional untuk menjana idea.
Siapa yang boleh menyumbangkan idea?
- Semua rakyat Malaysia di alu-alukan untuk menyumbang idea.
MyIdeas bertujuan untuk menyediakan ruang kepada orang awam menjadikan kreativiti mereka diiktiraf, diganjari malah dipraktikkan. MyIdeas seterusnya bertujuan menyediakan maklumat untuk membantu individu-individu yang ingin merealisasikan idea atau projek mereka di dalam masyarakat mereka sendiri.
Komuniti Sasaran :
- Sekolah
- Belia
- Wanita
- Komuniti Bandar dan Pedalaman
- "Kumpulan Harapan"
Bagaimana menjadikan idea anda satu realiti?
- Daftar online di website www.myideas.my
- Poskan idea inovatif anda.
- Terima respon awam melalui komen dan poin.
- Jadikan idea anda diterima.
- Tukarkan idea anda menjadi satu amalan.
'1MALAYSIA 1JUTA IDEA'
'1MALAYSIA 1MILLION IDEAS'