Saturday, October 30, 2010

Cat Oh Cat


That's it... That's it... One more step... One more step... Just clear that garbage can... BAM!

Hebat juga kucing ni kan...kucing siapa ni...? Menurut Google (2010), kucing ni ditemui semasa perang FOOD berlaku di Zoo, unknown...

Thursday, October 28, 2010

1Malaysia 1Juta Idea

MyIdeas bertujuan untuk mempromosikan dan menyebarkan kreativiti untuk memperbaiki kualiti masyarakat. Ini bertujuan untuk mendorong masyarakat menghasilkan idea-idea dan mengambil bahagian di dalam proses penyelesaian masalah.

Idea-idea ini dikenali sebagai ciptaan teknologi dan sosial, ciptaan teknikal kecil dan ringkas, ciptaan bukan teknologi dan ciptaan bukan alatan bertujuan untuk melakukan perubahan sosial.

Idea-idea ini adalah kombinasi projek-projek sedia ada, inisiatif dan cara baru berfikir.

Mengapa MyIdeas?
  1. Mempromosikan kreativiti dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia.
  2. Mendorong rakyat Malaysia mengekspresikan idea-idea mereka bila-bila masa, di mana jua.
  3. Asas nasional untuk menjana idea.
Siapa yang boleh menyumbangkan idea? 
- Semua rakyat Malaysia di alu-alukan untuk menyumbang idea.

MyIdeas bertujuan untuk menyediakan ruang kepada orang awam menjadikan kreativiti mereka diiktiraf, diganjari malah dipraktikkan. MyIdeas seterusnya bertujuan menyediakan maklumat untuk membantu individu-individu yang ingin merealisasikan idea atau projek mereka di dalam masyarakat mereka sendiri.

Komuniti Sasaran :
  1. Sekolah
  2. Belia
  3. Wanita
  4. Komuniti Bandar dan Pedalaman
  5. "Kumpulan Harapan"
Bagaimana menjadikan idea anda satu realiti?
  1. Daftar online di website www.myideas.my
  2. Poskan idea inovatif anda.
  3. Terima respon awam melalui komen dan poin.
  4. Jadikan idea anda diterima.
  5. Tukarkan idea anda menjadi satu amalan.
'1MALAYSIA 1JUTA IDEA'
'1MALAYSIA 1MILLION IDEAS'

New in Blogger

Salam 1Malaysia..akhirnya berjaya juga mencipta blog yang masih perlukan pembangunan ni...kata orang tua baru rangka-rangkanya...so harap dapat pertingkatkan lagilah tahap pembangunan blog ini.. masih perlukan simen, pasir, batu, air dan sebagainya..akhir kata majulah blogger untuk perkongsian maklumat... Salam